Yuran & Caj Takaful


Yuran dan Caj Takafulink:
Tabarru’     : Berdasarkan umur, jantina dan Jumlah Asas Dilindungi
Yuran Sijil  : RM5 sebulan
Yuran Pemindahan            : Satu pemindahan percuma dibenarkan setiap tahun.
                                             Pemindahan berikutnya dikenakan yuran pemindahan
                                             sebanyak RM50 setiap pemindahan.
Yuran Wakalah                 : 5% daripada jumlah Penambahan Tak Lazim
Penambahan Tak 
Lazim    

Yuran Perkhidmatan         :  RM25 untuk setiap Penambahan Tak Lazim
Penambahan Tak Lazim

   * 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan
ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam Akaun
Pelaburan Peserta (PIA)

Yuran Wakalah Tharawat  : 1% - 1.5% setahun, ditentukan berdasarkan
                                           purata wajaran jumlah aset kasar  bagi
                                           setiap Dana Takafulink.

Caj Pengeluaran Separa    : RM50 setiap pengeluaran

Tiada caj dikenakan ke atas penyerahan penuh. Pengeluaran separa atau
penyerahan penuh bagi pelaburan boleh dibuat dengan menebus unit di
dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA). Nilai Serahan adalah nilai Akaun
 Pelaburan Peserta (PIA)* berserta bahagian Caj Takaful tidak terperoleh
 setelah ditolak sebarang keterhutangan.

* Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan turun naik berdasarkan prestasi
dasar dana Takafulink dan ianya tidak dijamin.
Yuran dan caj adalah tertakluk kepada semakan dari masa ke semasa oleh
Pengendali Takaful. Pengendali Takaful mempunyai hak
untuk menyemak yuran dan caj dengan memberi peserta notis bertulis 3 bulan
 sebelum ulang tahun sijil.

Peruntukan Caruman Takafulink:
Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut (contoh diberi adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1,000). Tahun  1 2 3 4 5 6 Seterusnya



Caruman yang diperuntukkan akan digunakan untuk pembelian
unit Dana Berkaitan Pelaburan MAA Shariah pilihan anda.
 Dalam contoh di atas, pada tahun ke-5, sebanyak RM850 digunakan
 untuk pembelian unit, yang mana beberapa unit tersebut akan
dibatalkan untuk membiayai yuran dan caj bagi sijil tersebut.
Sebahagian daripada caruman yang tidak diperuntukkan akan
digunakan untuk membayar komisen agen.

Siapakah Yang Layak?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia di antara
30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti
 berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50
sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk
 membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun
atau tahunan.

Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih
 menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan
Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko
Peserta (PRIA) mencukupi. Anda boleh membuat pengeluaran
separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran
minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak
 RM1000 dalan dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA). Selain itu,
anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa
dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000. 95%
daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan
 ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan
dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan?
Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan
 bersama Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda bagi
maklumat lanjut.

Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit?
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi
 dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum
 Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana
berkaitan pelaburan syariah MAA Takaful.

Bagaimana Dengan Penyertaan Perkongsian Lebihan Akaun
 Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?
Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun
 Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi
oleh Para Perserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50.

Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai, berserta Takaful
Keluarga/Insurans Hayat anda yang lain. Pelepasan cukai bagi setiap
 individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk
 kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam
Negeri.

#ini merupakan serba ringkas mengenai asas takaful..
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.. :)