Apa itu Takaful-Link...???





TAKAFULINK merupakan produk asas kepada produk-produk yang terdapat dalam MAA Takaful seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. kiranya semua pelan yang ditawarkan berasaskan TAKAFULINK + (ditambahan) dengan perlindungan mengikut kesesuaian pelanggan.

MAA TAKAFULINK ini berasaskan pelaburan yang bermaksud peserta ( iaitu pemegang polisi ) berpeluang membuat pelaburan kewangan melalui dana-dana Syariah MAA Takaful.

Selain pelaburan, pelan ini juga menawarkan manfaat asas kematian & hilang upaya kekal kepada pemegang polisi.

Keberkesanan & pelaburan yang menguntungkan dari dana-dana Syariah ini dapat dibuktikan dengan kejayaan dimana MAA TAKAFUL telah merangkul anugerah ' THE MOST OUTSTANDING ISLAMIC RETAIL PRODUCT ' selama 4 tahun berturut-turut.

       BECAUSE OF YOU,WE ARE NUMBER 1...!!! Kejayaan ini telah dianugerahkan oleh KLIFF iaitu Kuala Lumpur Insurance Forum Festival

Bagi dana-dana Syariah pula, terdapat 4 dana yang disediakan & anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana yang sesuai dengan toleransi pelaburan dan risiko anda.

Dana MAA Takaful Shariah Growth  
• Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hinggapanjang
 menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan
potensi pertumbuhan yang tinggi.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi

Dana MAA Takaful Shariah Balanced
• Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal 
serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi. 

Dana MAA Takaful Shariah Income
• Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam
portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
• Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.

Dana MAA Takaful Shariah Flexi
• Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa
sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset
 daripada dana tersebut.
• Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima pendapatan tetap,
 pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka
pertengahan hingga jangka panjang.


#Bagi 2013 pula, 4 lagi Dana yang akan dilancarkan..Ini bermaksud, prestasi pulangan boleh ditingkatkan dan ini semestinya akan menguntungkan peserta tanpa mengabaikan perlindungan peserta..MAA Takaful the BEST..!!!.. :)